Jawatan Kosong di TV ALHIJRAH - 24 Jun 2016
Jawatan kosong terkini di TV ALHIJRAH Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di TV ALHIJRAH sebagai
1. PENYAMPAI RADIO (INTERNET RADIO)
2. JURUTERA AUDIO
3. PENERBIT (PENERBITAN PENGIKLANAN)
4. PENGARAH KONTI
5. EKSEKUTIF KANAN KEWANGAN
6. EKSEKUTIF KAWALAN KANDUNGAN
7. EKSEKUTIF KOMUNIKASI PENGIKLANAN & PENTADBIRAN
8. EKSEKUTIF PENJADUALAN PENGIKLANAN
9. EKSEKUTIF PENJUALAN MEDIA
10. EKSEKUTIF TATAHIAS
11. EKSEKUTIF TRAFIK
12. JURUKAMERA
13. JURUTEKNIK PENYIARAN
14. JURUTERA PERISIAN
15. PENGURUS BESAR PEROLEHAN KANDUNGAN & PENGURUSAN PENYIARAN
16. KONSTABEL POLIS BANTUAN
17. PEMBANTU PENERBITAN
18. PENERBIT & EDITOR BERITA
19. PENGARAH STUDIO
20. PENGURUS BERITA & HAL EHWAL SEMASA
21. PENGURUS PERUNDANGAN & SETIAUSAHA SYARIKAT
Tarikh tutup permohonan 24 Jun 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
AlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV Alhijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definasi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.
Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV ALHIJRAH)
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2260 1600 samb. 329/324
Fax : 03-2260 1566
E-mail : jobs @ tvalhijrah.com
Website : www.tvalhijrah.com
*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan