Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dalam merealisasikan wawasan 1Malaysia, SapuraKencana Petroleum Berhad mempelawa semua graduan yang memenuhi kriteria seperti berikut untuk mengambil bahagian dalam SL1M. Satu program latihan 8 bulan dengan kelas komprehensif dan latihan dalam kerja, dalam pelbagai bidang tugas yang diberikan kepada mereka yang terpilih untuk skim berkenaan. Skim latihan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan mendapat pekerjaan di masa depan.
Kelayakan:
- Calon-calon mesti mempunyai Ijazah yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mana-mana disiplin.
- Mendapatkan sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
- Tidak pernah bekerja sepenuh masa dalam tempoh 6 bulan tamat pengajian dari universiti-universiti tempatan atau luar negara.
- Perlu bersedia untuk dilhantarkan sama ada di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu.
Pengambilan Sepanjang Tahun
